Takdir Tuhan selalu indah..

image

Mempunyai anak yang tidak mampu bertutur dengan jelas, adalah satu keajaiban bagi saya..sebab saya dan dia menjadi rakan ,menjalin kasih sayang antara ibu dan anak, saya mampu memahami maksud disetiap cara pandangannya, bahasa tubuhnya malah cara bersuaranya..saya mampu mengerti. Ajaib..kerana doktor juga sangat tidak faham akan bahasa Bunga 😁😁…
   
Masalah bagi setiap ibubapa ialah :

*sentiasa menentukan garis panduan mereka sendiri terhadap kemampuan anak..

*tidak mahu menerima sikap anak, tapi sebaliknya mahu anak bersikap seperti yg mereka mahukan..

* barangkali malu jika diketahui anak mereka tidak sehebat anak jiran?

Sudah tentu normal berfikiran begitu..tapi sejauh manakah anda akan lakukan itu jika anak anda ada masalah:
* tidak bertutur dgn baik
* tidak berkomunikasi/bersosial dgn kanak-kanak sebaya
* tidak tahu berkongsi mainan
* tidak merasa malu jika berbogel pun dihadapan ramai
* malah tidak mampu belajar dengan normal seperti anak-anak lain?

Tidak parah kan? Kerana dia mampu berjalan.even nampak normal!! So maybe ada yg akan cakap anak seperti itu tidak perlu dirisaukan sangat.bukan hal besar.

Really…ya saya akan tanya pd anda sekarang?? Serius anda fikir itu masalah kecil? Tidak!! Saya ulangi itu bukan masalah kecil..
Saya selalu terluka bila anak cuba bergaul dengan anak² lain tapi dipulaukan.
Bila bunga balik dari sekolah dan kata kawan jahat.lepastu nangis.peluk saya.
Bila bunga buat perangai mengamuk di tempat awam..berapa ramai yg memandang dengan pandangan aneh. Peoples…sy nasihatkan kalau anda ternampak situasi begitu, janganlah terus memandang seperti anda sedang tengok wayang alien.
Bila bunga alergik,timbul bengkak seluruh badan, peegi injek, pastu nurse marah dia..sebab tarik tangan..nurse suruh cakap sakit, kalau rasa sakit..u really think she will tell?? Nope..because?? SHE CANT SPEAK OUR LANGUAGE…of course bila kita kata, anak tak pandai cakap,then the nurse akan soal banyak..bukan semua tapi most of them ..saya faham keterminatan mendadak mereka..lets just say…senang untuk berkata,tapi melaluinya lebih baik tutup mulut,pekakkan telinga,butakan mata..sebab bila melihat, saya akan melihat betapa kejam dunia..bila mendengar, saya terdengar suara berkata hindari anak itu,nanti dia pukul kamu…sedih..😂😂😂…sebenarnya bunga tak pukul orang..malah dia sangat penyayang.dia menangis tengok cerita sedih di tv…dia nangis bila nampak saya nangis..bahkan dia selalu minta maaf menggunakan bahasa dia sendiri..

image
Bunga,selalu mekar dihati mami, walau sekejam mana dunia,bunga tetap kuat..walaupun terkadang bunga menangis..:):)😘

  Bila bercakap pasal syukur, saya rasa saya sangat sangat bahkan terlebih merasa syukur kerana disebalik semua ini, saya telah jadi lebih tabah,lebih sabar. Lebih tahu untuk mengabaikan perkara remeh temeh, fokus pada bunga dan adik²nya..
   Berkat Tuhan datang dalam pelbagai cara pada kita..dan bagi saya, kedatangan bunga yg agak berbeza telah membawa sukacita dan pengembaraan indah setiap ketika..inilah BERKAT… Dia sihat..dia gembira bersahabat dengan adik²nya..dan dia paling mudah diurus anaknya..tidak memeningkan kepala bila melibatkan pengurusan diri..mandi ,makan, buang air..semua sendiri..
  Saya ajar dia untuk menjadi istimewa dan bukan menjadi orang yang perlukan layanan istimewa..
Saya yakin dengan kuasa Tuhan..yakin dengan keajaiban..sekalipun hanya secubit..tetap berpegang pd harapan itu..
  Dear mom yang ada anak istimewa,tak kira yg masalah fizikal mahupun dalaman..jom kita positif..jom kita redha..jom kita sayangi 1001% anak itu..kerana anda ibubapa yang bertuah, terpilih untuk menjaga /mengasuh anak istimewa yg dikaruniakan oleh Tuhan..berkat pasti berganda, sukacita pasti berlimpah..

      💎 jangan pernah berhenti berharap pada keajaiban Tuhan 💎
  

Advertisements