Tips mami – stok ubat di rumah

   Susahnya kan,kalau kita atau family member jatuh sakit macam demam, cirit-birit, muntah, atau selsema, tapi kita tiada stok ubat yang diperlukan sementara menunggu siang untuk ke klinik..kan? Takkan mahu ke unit kecemasan semata kerana demam yang biasa? Selagi demam boleh dikawal guna ubat demam, bagi saya, its ok…janji bagi makan ubat ikut masa. Terutama anak-anak..

image
Migrain mak,kalau stok ubat habis,kena pla anak jatuh sakit!!!

  Kebiasaannya,doktor akan mengesyorkan 6jam /1x makan ubat bagi demam, tapi kalau teruk, boleh bagi tiap 4jam ya..back to topic..jom saya kongsi senarai ubat yang sepatutnya ada di rumah,terutama bagi yang ada kanak-kanak..

1) paracetamol / ubat demam

2) ubat batuk

3) ubat sapu utk sakit otot/kaki/lengan (oms)

4) bandage dan ubat kuning (khas utk luka berdarah)

5) bekalan sachet air garam (utk muntah/ cirit birit)

6) krim calamine utk ruam / gatal² di badan

7) ubat titis (boleh utk mata/hidung tersumbat/telinga)

Bagi saya, semua itu penting,apalagi ketika suami tiada dirumah, atau outstation…
Selain menggunakan ubat, untuk kanak-kanak juga saya cadangkan minum air suam untuk anak yang hidung tersumbat..tak boleh sejuk sangat, jgn panas sangat…karang lecur pla..daah cerita lain..:):)..
     Kisah benar dirumah sendiri ni, satu hari anak main lompat-lompat sekali silap lending..dah tangan tak boleh gerak..muka pucat,nangis kesakitan..kita yg risau,yang cemas lebih. So, apa saya buat? Saya pegang tangan yg sakit, dan ikat guna kain lampin, sangkut kat leher dia..patern mcm patah tangan tu haaa..mujur suami balik dari tempat kerja terus ke hospital..bila xray, tiada kepatahan, cuma sendi koyak…doktor puji tindakan saya..hihihi..
     Kisah kedua, anak-anak selsema mendadak..semua tetiba demam…demam ramai-ramai..but hey!!! I got fever medicine…😂😂😂..hidung tersumbat ,terus titiskan ubat titis…untuk demam bagi je ubat demam..letak kain basah dikepala anak…jgn bagi selimut tebal-tebal..
     Untuk saya yang selalu dikunjungi sang migrain,of course many paracetamol in stock 😂😂😂…
Kunci disini ialah,moms/ladies, always prepare stok ubat dirumah,sebab anda tidak tahu bila anda akan memerlukannya..
Next entry, saya mahu kongsi menu sarapan/bekalan untuk anak kesekolah…yang simple but mengenyangkan anak!! But for now, layan movie tv3 Martha Marcy May Marlene.. Kinda scary juga ni kisah..👻👻👻…
Bye readers..see you on my next short entry 😂😂😂✌✌✌…

With love,
Lorinda.J